Tip Mengelakkan Kulit Kepala Berkelemumur dan Kegatalan
Tip Mengelakkan Kulit Kepala Berkelemumur dan Kegatalan Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel | Oleh Farah Aziz Kelemumur mungkin disebabkan oleh kulit kering, atau keadaan kulit yang dipanggil dermatitis seborrheic. Ia juga boleh disebabkan oleh ekzema, psoriasis atau sangat biasa, penambahan kulat yang dikenali fungus. Bagaimana mengatasinya? Sila baca artikel ini. 1. Minyak kelapa Crunchybetty.com mengatakan minyak kelapa adalah rawatan kelemumur “tried and true”, dan baunya juga bagus. Sebelum mandi, urut 3-5 sudu minyak kelapa ke kulit kepala anda dan biarkan kira-kira satu jam, kemudian syampu seperti biasa. Anda juga boleh mencari syampu yang mengandungi minyak kelapa. Minyak kelapa mempunyai banyak manfaat kecantikan yang hebat juga. 2. Cuka epal cider Dr. Mehmet Oz bersumpah dengan cuka epal cider sebagai ubat kelemumur, kerana keasidan cuka epal cider mengubah pH kulit kepala anda, menjadikannya ...