Punca-Punca Keguguran Rambut

Punca-Punca Keguguran Rambut

Keguguran rambut boleh memberi kesan pada hanya kulit kepala anda atau seluruh badan badan anda. Ia boleh menjadi kesan dari keturunan, perubahan hormonal, keadaan medikal atau ubatan. Sesiapa – lelaki wanita, dan kanak-kanak – boleh mengalami keguguran rambut.

Keguguran rambut boleh muncul dalam pelbagai cara, bergantung dengan puncanya. Ia boleh datang secara tiba-tiba atau perlahan dn meberi kesan kepada kulit kepala atau seluruh badan. Beberpaa jenis keguguran rambut adalah sementara, manakala yang lain adalah kekal.

Apakah kebarangkalian Keguguran Rambut?

Keguguran rambut sangatlah biasa dan boleh memberi kesan pada pesakit pada mana-mana usia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk informasi lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Keguguran Rambut?

Simptom biasa untuk keguguran rambut ialah:

  • Penipisan pada bahagian atas kepala yang berlaku berdikit: ini ialah jenis kehilangan rambut yang paling biasa, memberi kesan pada kedua lelaki dan wanita seiring pertambahan usia mereka. Dalam lelaki, rambut biasanya ula berkurangan dari dahi dalam garisan yang menyerupai huruf M. Wanita biasanya mengekalkan garisan rambut pada dahi tetapi berlaku perluasan pada bahagian dari rambut mereka.
  • Kawasan bulatan atau tompok botak: beberapa orang mengalami tompok botak yang liccin, bersaiz syiling. Keguguran rambut sebegini memberi kesan hanya pada kulit kepala, tetapi kadangkala berlaku di janggut atau kening mata. Dalam beberapa kes, kulit anda mungkin akan menjadi gatal atau sakit sebelum rambut mula gugur.
  • Rambut longgar tiba-tiba: kejutan fizikal atau emosi boleh mengakibatkan rambut longgar. Beberapa dari rambut boleh jatuh semasa disikat atau dibasuh atau mungkin selepas ditarik sedikit. Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan penipisan rambut keseluruhan dan bukan tompokan botak.
  • Keguguran rambut seluruh badan: beberapa keadaan dan rawatan medikal, seperti kimoterapi bagi kanser, boleh menyebabkan kehilangan rambut seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh semula.
  • Tompokan bersisik yang merebak seluruh kepala: ini ialah gejala kurap (ringworm). Ia boleh disertai rambut yang rosak, kemerahan, bengkak, dan, kadangkala, rembesan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya mengalami mana-mana dri yang berikut:

  • Tekanan emosi dari keguguran rambut;
  • Kehilangan rambut tiba-tiba atau bertompok atau kehilangan rmbut yang lebih dari biasa semasa menyikat atau membasuh rmbut anak anda. Keguguran rambut secara mengejut menandakan keadaan medikal dalaman yang memerlukan rawatan.

Sekiranya anda mengalami mana-mana punca atau simptom disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan, ajukan pada doktor anda. Setiap badan mempunyai tindak balas berbeza. Ianya sentiasa baik untuk anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Keguguran Rambut?

Punca sebenar kehilangan rambut hingga kini masih belum difhami. Bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan satu atau dua dari faktor berikut:

  • Sejarah keluarga (keturunan): punca paling utama menyebabkan kehilangan rambut ialah masalah keturunan digelar botak bercorak lelaki atau botak bercork wanita, yang menghasilkan kesan yang dapat diramal – garisan rambut berkurangan dan tompok botak pada wanita dan penipisan rambut dalam wanita. Keturunan juga memberi kesan pada usia mana anda mula kehilangan rambut, kadar kehilangan rambut dan tahap kebotakan.
  • Perubahan hormon dan ketidakseimbangannya boleh engakibatkan keguguran rambut sementara. Ini boleh disebabkan oleh kehamilan, kelahiran anak atau permulaan menopaus. Kadar hormon juga terkait dengan kelenjar tiroid, jadi masalah tiroid boleh menyebabkan kegugurn rambut.
  • Keadaan medikal: kehilangan rambut boleh juga diakibatkan jangkitan kulit kepala, masalah kulit lain, dan masalah (disorder) menarik rambut.
  • Ubatan: kehilangan rambut boleh disebabkan ubatan diguna merawat kanser arthritis, deressi, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan kawalah kelahiran. Pengambilan terlalu banyak vitamin A boleh mengakibatkan keguguran rambut juga.
  • Punca lain: kejutan emosi atau fizikal, beberapa gaya rambut dan rawatan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Keguguran Rambut?

Ada banyak faktor risiko keguguran rambut, seperti:

  • Sejarah keluarga;
  • Usia
  • Nutrisi yang kurang;
  • Beberapa keadaan medikal, seperti diabetes dan lupus;
  • Stres (tekanan).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keguguran Rambut didiagnosis?

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keguguran rambut, pengamal perubatan anda akan pertama bertanyakan mengenai simptom anda dan sejarah kesihatan keluarga. Kemudia dia akan mencadangkan anda untuk melalui beberapa ujian dan prosedur bagi diagnosis, termasuklah:

  • Blood test: this may help uncover medical conditions related to hair loss, such as thyroid disease.
  • Ujian darah: ini boleh membantu mengenalpasti keadaan medikal berkaitan keguguran rambut seperti penyakit tiroid.
  • Ujian tarikan rambut: doktor akan menarik perlahan beberapa dozen rambut bagi melihat berapa banyak akan tertanggal bagi penentuan tahapan proses penanggalan.
  • Biopsi scalp (kulit kepala): doktor and akan menggores sample dari kulit atau dari beberapa helaian rambut dicabut dari scalp bagi menguji akar rambut untuk ujian infeksi.
  • Mikroskopi ringan. Doktor anda akan menggunakan alatan khas untuk menguji  rambut yang dipotot pada pangkalnya bagi mendedahkan sebarang disorder pada batang rambut.

Bagaimana pesakit Keguguran Rambut dirawat?

Rawatan bagi beberapa jenis keguguran rambut juga boleh didapati. Bagaimanapun, beberpa keadaan adalah kekal, manakal beberapa lagi hanyalah sementara. Bergantung dengan keadaan anda, doktor akan mencadangkan ubatan, pembedahan, terapi laser, rambut palsu atau aksesori rambut sebagai rawatan. Matlamatnya ialah untu menggalakkan penumbuhan rambut, melambatkan serta menyembunyikan keguguran rambut.

Medikasi (Ubatan)

Sekiranya keguguran anda mempunyai punca dalaman dari penyakit, maka rawatan bagi penyakit adalah diperlukan. Sekiranya beberapa ubatan mengakibatkan keguguran rambut, doktor anda akan menasihatkan anda untuk menghentikan penggunaan untuk beberapa masa. Ada beberapa ubatan boleh didapati bagi merawat kebotakan bercorak seperti Minoxidil (Rogaine) dan Finasteride (Propecia). Bincangkan dengan doktor sebelum mencuba mana-mana ubatan.

Pembedahan

Dalam masalah keguguran rambut kekal, hanya bahagian atas kepala yang akan terkesan. Transplan rambut atau pembedahan restorasi boleh menjdikn yang terbaik dengan apa sahaja baki yang anda masih ada. Semasa prosedur ini, pakar bedah anda akan mengeluarkan plug kecil dari kulit, setiap satu mengandungi beberapa rambut, dari belakang atau sisi kulit kepala anda. Dia akan mengimplan plug tersebut ke dalam bahagian botak dari scalp anda. Anda mungkin akan diminta mengambil ubatan rambut gugur sebelum dan selepas pembedahan bagi menambahbaik hasil pembedahan. Prosedur pembedahan bagi merawat kebotakan adalah mahal dan boleh jadi menyakitkan. Risiko yang mungkin termasuklah infeksi dan parut.

Rambut palsu dan aksesori rambut

Ini boleh menjadi alternative kepada rawata medikal sekiranya kondisi anda tidak memberi respon kepada sebarang rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keguguran Rambut?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi keguguran rambut:

  • Ambil diet yang seimbang dari segi nutrisi.
  • Elakkan gaya rambut yang ketat seperti tocang, sanggul, dan ikat belakang.
  • Elakkan pemulasan kompulsif, menggosok atau menarik rambut anda.
  • Selia rambut anda dengan lembut semasa membasuh dan menggosok. Gunakan sikat bergigi jarang bagi mengelakkan dari rambut anda ditarik.
  • Jauhi rawatan kasar seperti gulungan panas, seterika ikal, rawatan minyak panas, dan pengekalan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Sumber :- hellodoktor.com

Comments