9 Vitamin Untuk Mencegah Rambut Gugur

 

9 Vitamin Untuk MencegahRambut Gugur

 

Anda hendak atasi masalah rambut gugur ataupun menipis? Sudah tentu ramai orang ingin rambut tumbuh dengan sihat secara semula jadi. Oleh itu, seperti pertumbuhan mana-mana bahagian badan anda, rambut memerlukan pelbagai nutrien supaya sihat dan lebat. Malah, kekurangan zat makanan biasanya dikaitkan dengan keguguran rambut. Walaupun faktor-faktor seperti umur, genetik dan hormon juga mempengaruhi pertumbuhan rambut, pengambilan nutrien optimum adalah penting. Lihatlah 9 jenis vitamin di bawah yang akan membantu rambut anda tumbuh dengan lebih sempurna.

9 vitamin untuk rambut gugur:

  1. Vitamin A
  2. Vitamin B
  3. Biotin (Vitamin H)
  4. Zat besi (Iron)
  5. Vitamin C
  6. Vitamin E
  7. Vitamin D
  8. Omega 3
  9. Asid folik

1. Vitamin A

vitamin rambut

Badan anda memerlukan vitamin A untuk pertumbuhan sel baru. Ini termasuk rambut, iaitu tisu yang paling cepat tumbuh dalam tubuh manusia. Vitamin A juga membantu kelenjar kulit mengeluarkan bahan berminyak yang dikenal sebagai sebum. Sebum berfungsi melembapkan kulit kepala dan membantu menjaga rambut sihat. Diet yang kekurangan vitamin A boleh menyebabkan beberapa masalah, termasuk kehilangan rambut. Walaupun ianya penting untuk mendapatkan vitamin A cukup, dos yang terlalu banyak boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Ubi keledek, labu, lobak merah, bayam dan kale semuanya mempunyai beta-karoten yang berubah untuk menjadi vitamin A. Vitamin ini juga boleh didapati dalam produk haiwan seperti susu, telur dan yogurt. Minyak ikan kod ialah sumber yang amat baik.

serum rambut

2. Vitamin B

Vitamin B membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana ia menguatkan folikel rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Ia akan mengurangkan kerosakan dan kehilangan rambut dengan membantu menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen dan nutrien ke kulit kepala dan folikel rambut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan tekanan emosi. Anda boleh mendapatkan vitamin ini dari pelbagai makanan termasuk bijirin, badam, daging, ikan, makanan laut dan sayur-sayuran hijau gelap.

ellips hair vitamin

3. Biotin (Vitamin H)

Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan terbukti untuk mengelakkan keguguran rambut. Walaupun biotin terkenal sebagai rawatan pengguguran rambut alternatif, hasil yang terbaik boleh dilihat dalam orang yang memerlukan biotin dalam pemakanan mereka. Biotin juga berupaya untuk mencegah uban dan membantu dalam pertumbuhan kulit dan kuku dengan membantu mencerna lemak dan karbohidrat. Biotin terdapat dalam susu, yis dan kuning telur.

ellips hair mask

4. Zat besi (Iron)

Zat besi membantu sel darah merah membawa oksigen ke sel anda. Ini menjadikan ia mineral yang penting untuk banyak fungsi badan, termasuk pertumbuhan rambut. Kekurangan zat besi, yang menyebabkan anemia, adalah penyebab utama keguguran rambut. Ia amat biasa di kalangan wanita. Jumlah zat besi dalam pemakanan boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut. Makanan yang kaya dalam zat besi termasuk kerang, tiram, telur, daging merah, bayam dan lentil.

serum rambut loreal

5. Vitamin C

Vitamin C ialah antioksidan yang membantu proses detoksifikasi. Di samping itu, tubuh anda memerlukan vitamin C untuk mencipta protein yang dikenali sebagai kolagen – bahagian penting dalam struktur rambut. Kolagen dapat menguatkan struktur rambut yang mudah bercabang. Vitamin ini juga membantu badan anda menyerap zat besi untuk pertumbuhan rambut. Contoh sumber vitamin C ialah strawberi, lada, jambu dan buah sitrus.

makarizo

6. Vitamin E

Seperti vitamin C, vitamin E ialah antioksidan yang boleh membantu pertumbuhan rambut. Dalam satu kajian, orang yang mengalami keguguran rambut mengalami kemajuan dalam kadar pertumbuhan rambut selepas mengambil lebih banyak makanan yang mempunyai vitamin E. Biji bunga matahari, badam, bayam dan alpukat adalah sumber vitamin E yang baik.

ellips hair vitamin review

7. Vitamin D

Tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan alopecia, iaitu keguguran rambut. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa vitamin D boleh membantu mencipta folikel baru, iaitu liang kecil di kulit kepala di mana rambut baru boleh tumbuh. Vitamin D memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut, jadi pengambilan vitamin D amat bermanfaat. Anda boleh meningkatkan tahap vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari atau dengan makanan tertentu, seperti ikan berlemak, minyak ikan kod, dan beberapa jenis cendawan.

serum rambut yang bagus

8. Omega 3

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak penting yang baik untuk kesihatan dan juga rambut. Ia boleh menyuburkan dan melindungi rambut serta membantu pertumbuhan semula. Asid lemak Omega-3 bertanggungjawab untuk membran sel yang sihat. Hal ini dapat memudahkan pemindahan nutrisi yang ke sel rambut. Sumber semula jadi asid lemak Omega-3 termasuk tenggiri, salmon, minyak hati ikan kod, herring, tiram, sardin, biji rami, biji chia, walnut, dan kacang soya.

tonic rambut yang bagus

9. Asid folik

Asid folik menjadikan rambut anda lebih lebat dan berkilat. Ia meningkatkan penghasilan sel yang sihat dan oleh itu, asid folik ialah pemangkin pertumbuhan rambut semula jadi di kalangan lelaki dan wanita. Biasanya, asid folik sudah boleh didapati dalam vitamin B-kompleks, jadi jika anda sudah memakan suplemen ini, anda tidak perlu mengambil asid folik secara berasingan. Makanan kaya dengan asid folik untuk pertumbuhan rambut termasuk gandum dan bijirin. Selain itu, semua buah sitrus, kacang kering, dan semua sayuran hijau seperti bayam mengandungi asid folik. Kapsikum, kacang Perancis, brokoli, dan cili juga kaya dengan asid folik.


Sumber:- Toppikmalaysia.com

Comments